Monday, 21 September 2015






Kerjaya sebagai Pustakawan ( Librarian)
Pustakawan bertanggungjawab terhadap penyusunan dan pengurusan buku-buku, majalah, surat khabar, alat pandang dengar (audio-visual), komputer serta lain-lain sumber maklumat yang boleh didapati di perpustakaan. Mereka bertanggungjawab membeli, menyusun atur bahan-bahan bagi membolehkan pinjaman. Terdapat beberapa kategori pustakawan seperti Pengarah Perpustakaan, Ketua Perpustakaan, ‘Acquisition Librarian’, ‘Catalog Librarian’, ‘Reference Librarian’, dan ‘Children’s Librarian’.
Syarat- syarat am
·         Ijazah sarjana muda
·         Subjek asas pelajar di sekolah adalah sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris , Sains
Gaji
Bermula dari RM 17 600 - RM 76000 ( gred P41 – P54- skala gaji kakitangan kerajaan)
Pasaran Pekerjaan
·         Perpustakaan Awam
·         Perpustakaan Universiti dan kolej
·         Perpustakaan syarikat persendirian
Senarai Universiti yang menawarkan pengajian Sains Perpustakaan di MALAYSIA
Universiti Industri Selangor (UNISEL)
·         Diploma in Library Science

Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)  Khulliyyah of ICT menawarkan
·         Master in Library and Information Science
·         Phd in Library Information Science

Universiti Teknologi Mara – Information Management
Universiti Teknologi Mara menawarkan kursus peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana

Sunday, 20 September 2015

peguam



Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia.


     CIRI-CIRI PERIBADI YANG PERLU ADA PADA SEORANG PEGUAM

  1.           Berminat dengan profesion ini
  2.           Menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  3.           Memiliki kemahiran berkomunikasi
  4.           Berkebolehan menilai, meneliti dan berpandangan jauh
  5.           Suka membaca
  6.           Mengikuti perkembangan semasa
  7.           Berdisiplin dan berfikiran matang          


SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN SEORANG PEGUAM

Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulan chambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam. Syarat-syarat kelayakan bagi rakyat Malaysia untuk melayakkan diri dalam bidang kerjaya peguam adalah di bawah seksyen 10 dan 11 Akta dan tertakluk di bawah seksyen 14 Akta, iaitu "orang layak" dan boleh diterima menjadi seorang peguambela dan peguam cara di Malaysia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:

  1.        Calon tersebut telah berumur 18 tahun pada tarikh permohonan
  2.        Mempunyai keperibadian yang baik.
  3.        Sama ada warganegara atau seorang pemastautin tetap Malaysia.
  4.        Berada di Malaysia mengikut tempoh yang ditetapkan dalam latihan untuk melayakkan diri.
  5.        Telah menjalani atau dikecualikan daripada Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dikendalikan oleh Lembaga.

Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.

 1.                  SYARAT MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG GUAMAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu :

. 1. SPM/SPMV
Lepasan SPM/SPMV boleh mengikuti program tajaan JPA dan MARA di luar negara. Syarat yang
diperlukan adalah lulus tidak kurang tiga kepujian dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah,
Matematik serta subjek sains dan teknikal.

2. STPM
Dengan menggunakan keputusan STPM iaitu sekurang-kurangnya tiga prinsipal C, para pelajar boleh
meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan
UUM.

3. Matrikulasi
Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi selama satu tahun. Selepas itu, mereka boleh
meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa
empat tahun.

4.Universiti Teknologi Mara
Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus matrikulasi
undang-undang dan kemudian mengikuti kursus Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang
memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dari UiTM, mereka boleh
memasuki UM untuk mengikuti Ijazah Pertama Undang-undang.

5. A Level
Bagi mereka yang memiliki A Level, mereka biasanya mengikuti kursus di luar negara seperti di United
Kingdom, , Ireland, Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan) memakan masa empat
tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil tiga tahun.

6. South Ausralian Matriculation
Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke Australia tetapi boleh digunakan untuk kemasukan ke United
Kingdom dan New Zealand.

7. Sijil Amalan Guaman
Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki Bar Course.
Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal
dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain, mereka bolehlah mengambil ujian untuk Sijil
Amalan Guaman (Certificate of Legal Practice)di UM. Walau bagaimanapun, tanpa sijil ini mereka masih
boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan, lain seperti di badan-badan
perundangan atau kehakiman kecuali peguam. Para graduan dari IPT di Singapura, New Zealand dan
Australia dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah
berbeza dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.


 1.                  UNIVERSITI YANG MENAWARKAN KURSUS GUAMAN

1. Malaysia
  •           Universiti Malaya, Bachelor of Laws (LL.B)
  •           Qualifying Board CLP
  •            Institut Teknologi MARA ADIL
  •            Universiti Islam Antarabangsa, Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Universiti Kebangsaan, Bachelor of Laws (LL.B)


        2. Singapura
  •            University of Singapore Bachelor of Laws (LL.B)
  •            National University of Singapore Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Malaya in Singapore Bachelor of Laws (LL.B)

3. United Kingdom
  •            The Inner Temple Barrister-at-Law
  •            The Middle Temple Barrister-at-Law
  •            Gray's Inn Barrister-at-Law.
  •            Lincoln's Inn Barrister-at-Law.
  •            The Law Society Solicitor of the Supreme Court of Judicature England

4. Australia
  •            Australian National University Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Sydney Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Adelaide Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Monash University Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Melbourne Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Western Australia Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Macquarie University Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of New South Wales Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Queensland Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Tasmania Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Technology, Sydney Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Bond UniversityQueensland Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Murdoch University Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Queensland University of Technology Bachelor of Laws (LL.B)

5.  New Zealand

  •            University of Auckland Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Centerbury Bachelor of Laws (LL.B)
  •            Victoria University of Wellington Bachelor of Laws (LL.B)
  •            University of Otago Bachelor of Laws (LL.B
  •            University of Waikato Bachelor of Laws (LL.B)

6. Ireland

  •            King's Inn, Dublin Barrister-at-Law


Senarai Unit
Senarai unit ini ialah senarai unit-unit yang berada di bawah pentadbiran biro bantuan guaman. Antaranya ialah :-
           
  Unit Sivil
  1.            Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan;
  2.            Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Sivil mengikut Jadual ketiga Akta Bantuan Guaman 1971;
  3.            Memberi khidmat bantuan guaman dalam Prosiding Jenayah mengikut Jadual Kedua Akta Bantuan Guaman 1971;
  4.            Pemantauan Statistik di semua cawangan Biro Bantuan Guaman; dan
  5.            Memberi khidmat nasihat guaman dalam segala perkara di bawah Jadual Keempat.


Unit Syariah
  •       Berguam di seluruh mahkamah di peringkat Mahkamah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah;
  •       Memberi khidmat bantuan guaman dalam prosiding sivil mengikut Jadual Ketiga Akta Bantuan Guaman 1971; dan
  •       Memberi khidmat nasihat Guaman Syariah dalam segala perkara di bawah Jadual Keempat.
Unit Pengantaraan / Mediasi
  1.       Menjadi pengantaraan bagi penyelesaian kes-kes sebelum dibawa ke mahkamah;
  2.       Memastikan proses pengantaraan dijalankan dalam tempoh 30 hari selepas ditetapkan bagi sidang pengantaraan; dan
  3.       Memastikan pihak-pihak bersetuju untuk melalui sidang pengantaraan dalam tempoh 14 hari.
Unit Penyelidikan
  •       Menjadi pakar rujuk bagi segala perundangan bagi Sivil dan Syariah;
  •       Mengubal Undang-Undang baru dan membuat dasar Biro Bantuan Guaman; dan
  •       Bekerjasama dengan agensi kerajaan seperti Baitulmal, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pusat Bantuan Guaman dan National Legal Aid Committee.

Unit Peguam Panel
  1.       Mengurus perlantikan peguam swasta sebagai Peguam Panel;
  2.       Permohonan untuk penyerahan kes kepada Peguam Panel;
  3.       Permohonan Pengecualian;
  4.       Pemantauan Kes; dan
  5.       Pembayaran fi Peguam Panel


Unit Penyelidikan
  •        Memberi nasihat berhubung dengan masalah-masalah perundangan yang dikemukakan kepada Biro Bantuan Guaman oleh Ketua Pengarah, Ketua Cawangan Negeri, agensi pekerjaan,badan bukan kerajaan dan orang awam
  •       Menyedia, menggubal dan menyemak rang undang-undang dan perundangan subsidiary yang diperlukan oleh Biro Bantuan Guaman untuk dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara;
  •       Menyemak draf perjanjian atau kontrak dengan agensi bukan kerajaan;
  •       Menjalankan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan Biro Bantuan Guaman dalam projek jangka masa panjang dan pendek; dan
  •       Mengumpul maklumat, data dan segala bahan perundangan dengan tujuan untuk menjadi bahan sumber bagi Biro Bantuan Guaman.
 Unit Pengantaraan
a. Bertindak mengikut kaedah-kaedah pengantaraan (mediasi);
b.Membuat penyediaan dalam menjalankan pengantaraan (mediasi) setelah sesuatu
   kes didaftarkan;
c. Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan;
d.Mengadakan sesi pengantaraan dalam tempoh tiga puluh hari (30) hari dari tarikh perjanjian persetujuan untuk pengantaraan ditandatangani
e.Menyediakan perjanjian penyelesaian selepas penyelesaian dicapai oleh pihak-pihak dalam sesi pengantaraan.
f. Menyaksikan pihak-pihak menandatangani perjanjian penyelesaian.
g. Menyerahkan fail kes yang telah melalui proses mediasi kepada unit ligitasi untuk merakamkan penghakiman persetujuan di mahkamah dan
h. Memberi khidmat nasihat dalam perkara-perkara di luar Jadual Ketiga, Akta Bantuan Guaman, 1971.

Unit Pengurusan Maklumat

a.  Mengawal selia dan menyelaras Case Management System Biro Bantuan Guaman
    (CMSBBG);
b.  Membuat kajian sistem (system requirement study) terhadap keperluan baru selaras dengan
    pindaan akta dan keperluan jabatan.
c. Memproses permohonan dan menyediakan kertas kerja keperluan peralatan ICT d
    Ibu pejabat, negeri dan cawangan Biro Bantuan Guaman untuk dikemukakan kepada
    Bahagian Hal Elwal Undang-Undang;
d.  Menyediakan khidmat sokongan ternikal yang diperlukan jabatan (eSPKB, E-Perolehan),
     negeri dan cawangan Biro Bantuan Guaman;
e.  Memastikan sistem aplikasi Biro Bantuan Guaman mempunyai ciri-ciri keselamatan dan data
    ditadbir dengan baik;
f.   Menyelaras dan melaksanakan sistem link di antara sistem e-syariah (JKSM) dan Case
    Management System (BBG);
g.  Memastikan dan mengujilari Local Area Network (LAN) dan memastikan pengoperasian
    server berjalan lancar;
h.  Menyelia dan menguruskan portal Biro Bantuan Guaman;
i.   Jawatankuasa Penilaian Teknikal Perolehan Perkakasan dan Perisisan ICT;
j.   Jawatankuasa pasukan ICT Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dan jabatan di bawahnya.

Unit Pentadbiran
a. Urusan Sumber Manusia
1.   Mengurus dan menyediakan tenaga keperluan perjawatan yang mencukupi;
2.    Mengurus pengisian jawatan secara berterusan mengikut peraturan-peraturan yang berkaitan;
3.    Mengurus urusan perkhidmatan personel;
4.    Menyediakan dan melaksana program kursus yang sesuai untuk kemajuan personel;
5.    Melaksanakan urusan-urusan kemajuan kerjaya personel dalam perlaksanaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK);
6.    Kawalan tatatertib;
7.    Mengurus urusan Sistem Pengurusan Personel (SISPEN) dan
      mengemukakannya kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang dua (2) kali
      setahun;
8.     Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Keutuhan Pegurusan (JKP) Biro
      Bantuan Guaman;
9.    Menjadi urus setia kepada Urusan Pengisytiharan Harta Biro Bantuan Guaman; 
10. Menjadi urus setia kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pengurusan Sumber Manusia untuk Biro Bantuan Guaman.

b.   Urusan Kewangan
1.  Mengurus Anggaran Belanjawan Tahunan Biro Bantuan Guaman;
2.  Mengagihkan peruntukan yang telah diluluskan dengan teratur kepada
    cawangan-cawangan Biro Bantuan Guaman;
3.  Membelanjakan peruntukan yang diagihkan mengikut perancangan;
4.  Menguruskan pembayaran emolumen dan bayaran bil-bil tuntutan;
5.  Menyelenggara dan mengemaskini rekod kewangan, akaun amanah dan hasil
    mengikut peraturan sedia ada;
6.  Memproses permohonan pembiayaan kenderaan, komputer, pendahuluan diri
    dan pendahuluan pelbagai;
7.  Menguruskan perolehan;
8.  Mengendalikan urusan Panjar Wang Runcit Jabatan.

c.    Urusan Khidmat Pengurusan
1.  Menguruskan keselamatan dan kebersihan pejabat dengan memuaskan dan teratur;
2.  Menguruskan kawalan pengurusan aset pejabat termasuk penyelenggaraan dan pelupusan;
3.  Melaksanakan pengurusan stor di Biro Bantuan Guaman;
4.  Mengurus dan menyelia perjalanan kad perakam waktu, pas Jabatan, termasuk
    di cawangan Biro Bantuan Guaman;.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Biro Bantuan Guaman ialah satu badan kerajaan yang memberi bantuan perundangan dari segi nasihat dan juga bantuan guaman dalam perkara berkaitan dengan undang-undang kepada mereka yang kurang berkemampuan atau tidak mampu untuk melantik peguam swasta bagi mewakili mereka di Mahkamah.
Bidangkuasa :-
1.    Kes-kes kekeluargaan syariah
2.   Kes-kes kekeluargaan sivil
3.   Kes-kes sivil
     a. Pampasan pekerja
     b. Penanaman padi
     c. Harta pesaka kecil
     d. Tuntutan kemalangan jalanraya
     e. Pinjaman wang
      f. Sewa beli
     g. Sewa menyewa
     h. Permohonan probet dan surat mentadbir pusaka
      i. Pengambilan anak angkat
      j. Tuntutan pengguna
4.   Kes-kes jenayah
a.  Pengakuan salah jenayah
b.  Jenayah kanak-kanak
c.  Kesalahan kecil jenayah
5.   Nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang.
 Kelayakan Mendapat Bantuan Guaman Daripada Biro Bantuan Guaman
Terdapat dua kategori orang yang layak mendapat bantuan guaman.
 i.  Kategori pertama - Bantuan Guaman Percuma
Pemohon memiliki sumber kewangan yang tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun.
                                ii. Kategori kedua – Bantuan Guaman dengan sumbangan
Pemohon memiliki sumber kewangan yang melebihi dua puluh lima ribu ringgit setahun tetapi tidak melebihi tiga
puluh ribu ringgit setahun. Sekiranya pemohon layak diberi bantuan guaman di bawah kategori ini, pemohon
dikehendaki membayar sejumlah RM300.00 sebagai sumbangan kepada Ketua Pengarah Biro Bantuan Guaman.
                                iii.  Pengecualian khas
Sekiranya seseorang itu tidak layak untuk medapat bantuan guaman sama ada di bawah kategori pertama
mahupun kategori kedua, dia boleh memohon pengecualian khas untuk mendapatkan bantuan guaman dengan
kelulusan khas Y.B Menteri. Permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Pengarah BBG.




GAJI PERMULAAN PEGUAM

Bagi seorang peguam yang memulakan kerjayanya dengan gred L41 dan mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang gaji mereka sebanyak RM2,100.00.


Peguam ialah satu profesion yang sangat menarik dan mempunyai masa depan yang cerah. Profesion ini walaupun kadang-kala nampak agak sukar namun jika kita betul-betul memahami dan berminat untuk mendalaminya ia tidaklah sesukar mana. Ia juga mempunyai pelbagai cabang dan boleh dipilih mengikut minat dan kemampuan seseorang. Bidang guaman ini juga mampu menjadikan seseorang lebih berbertanggungjawab dan amanah pada tugas yang diberikan.

Sesungguhnya bidang ini memberikan banyak cabara kepada pengamalnya dan jika tidak tahan dengan ujian kemungkinan seseorang peguam itu boleh melakukan sesuatu yang menyalahi etika dan peraturan seorang peguam. Kadang inilah yang kadang-kala menyebabkan timbul kes-kes di mana peguam pecah amanah, menerima rasuah dan sebagainya. Oleh itu, jika ingin menjadi peguam seseorang itu perlu mempersiapkan dirinya sama ada dari segi rohani, jasmani mahupun intelek agar dapat mengawal diri daripada melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan etika.

Monday, 14 September 2015

Kerjaya Pelajar Aliran Ekonomi

Dapat diterima ke tingkatan 6 juga banyak kelebihannya, sistem tingkatan enam ini lebih mendalam pembelajarannya jika dibandingkan dengan SPM dahulu. Tingkatan enam ini lebih kepada persediaan mengambil ijazah sarjana muda di universiti kerana setiap subjeknya memerlukan analisis serta corak pemikiran yang lebih mendalam beserta contoh-contoh sebagai bukti usul ataupun jawapan yang diberi semasa peperiksaan dan pembelajaran.
Semasa di tingkatan enam bawah, pelajar akan mula membuat pertimbangan untuk memilih aliran. Aliran yang biasa ditawarkan ialah aliran sastera, sains dan kemanusiaan. Untuk topik hari ini, ingin saya bincangkan berkaitan kerjaya atau laluan jika anda mengambil aliran yang menawarkan subjek ekonomi.

Jika anda mengambil aliran ekonomi, sebenarnya banyak juga peluang sambung belajar serta pekerjaan yang sesuai dengan anda. Kelayakan mempunyai ekonomi itu melayakkan anda untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda dengan mengambil kursus contohnya :
  • Hubungan industri
  • Hubungan Antarabangsa
  • Psikologi industri dan Organisasi
  • Pembangunan Belia dan Komuniti
  • Ekonomi perancangan dan pembangunan
  • Ekonomi Kewangan
  • Ekonomi sumber manusia
  • Keusahawanan
  • Pengurusan Kewangan
  • Pengurusan perhotelan
  • Pemasaran
  • Perniagaan antarabangsa
  • Pengurusan perlancongan
  • Pendidikan dengan ekonomi ( guru ekonomi )
  • Kewangan Antarabangsa
  • Perbankan
  • Perbankan antarabagsa
  • Kewangan islam
  • Dan bermacam lagi mengikut jenis universiti ..

Manakala peluang kerjaya pula contoh :

  • Penasihat ekonomi
  • Penganalisis Ekonomi
  • Pegawai kewangan
  • Pegawai Perancang Ekonomi
  • Pegawai Perancang Bandar
  • Broker Saham
  • Pegawai Pembangunan
  • Pegawai Sumber manusia
  • Pengurus kewangan
  • Pegawai Bank
  • Penasihat kewangan
  • Pengurus dana
  • Pengurus insuran dan eksekutif
  • Pengurus hotel
  • Pegawai pemasaran
  • Perancangan Pemasaran
  • Pegawai Perhubungan Awam
  • Pengurus Perkhidmatan
  • Penyelidik Pemasaran
  • Operator Pelancongan
  • Pengurus Acara
  • Guru Ekonomi