Wednesday, 9 September 2015

 
Mengikut  Kamus Dewan Bahasa (1996) pensyarah adalah orang yang memberi syarahan (ceramah) / penceramah/ guru di universiti /orang yang memberi kuliah @ pelajaran yang disampaikan secara bersyarah. Ia merupakan profesion yang sama dengan guru iaitu profesion perguruan yang mana individu yang terlibat dalam bidang ini dipandang mulia oleh masyarakat.

Terdapat juga sebahagian individu yang memulakan kerjaya pensyarah bekerja sebagai guru di sekolah. Selain itu, ada yang berkhidmat sebagai tutor di pusat pengajian tinggi awam atau swasta sebelum dilantik menjadi pensyarah. Pangkat tertinggi seseorang dalam kerjaya pensyarah ini adalah Profesor. Untuk mendapat gelaran ini, seseorang itu perlu bermula dari pensyarah dan kemudian Pensyarah Kanan, Professor Madya dan seterusnya Profesor. Klasifikasi pekerjaan ini adalah perkhidmatan pendidikan. Manakala kumpulan perkhidmatan pula, ia berada di dalam kumpulan pengurusan dan professional.

NILAI DAN ETIKA PENSYARAH

1) Integriti
Integriti ialah melakukan sesuatu dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewengan atau pengabaian.

2) Akauntabiliti
Akauntabiliti ialah bertanggungjawab terhadap perlaksanaan tugas yang diamanahkan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa serta bersedia dipersoalkan akan tindak-tanduknya.

3) Menghargai masa
Menghargai masa ialah menggunakan masa dengan cekap, berkesan dan sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

4) Dedikasi
Dedikasi ialah kesungguhan melaksanakan tugas dengan cekap, cepat, berkesan dan sempurna tanpa mengira masa dan tenaga.

5) Tawadhuk (humility)
Tawadhuk ialah sifat tidak membanggakan diri, tidak angkuh, menghormati dan tidak merendahkan kebolehan dan maruah orang lain.

6) Penambahbaikan berterusan (kaizen)
Penambaikan berterusan ialah sentiasa memperbaiki dan memperkemaskan lagi sesuatu proses kerja dengan tujuan mempertingkatkan produktiviti dan kualiti perkhidmatan.

7) Berdisiplin
Berdisiplin ialah kemampuan dalaman untuk mengawal diri dan tingkah laku mengikut nilai-nilai murni yang disepakati serta tidak melanggar peraturan walaupun dirinya tidak diawasi.

8) Bekerjasama
Bekerjasama ialah saling membantu dan menghormati antara satu sama lain dalam melaksanakan tugas dengan semangat berpasukan.

9) Kesarjanaan 
Kesarjanaan ialah berdaya saing dan menggunakan sepenuhnya potensi serta kepakaran dalam menghasilkan produk yang terbaik untuk sesebuah institusi.

10)  Bersyukur
Bersyukur ialah sifat yang menunjukkan sikap terhutang budi dan berterima kasih atas nikmat dan pemberian yang diperolehi, ikhlas menerima takdir dan tidak mudah kecewa jika hajat tidak kesampaian.


SYARAT KELAYAKAN

1.         TUTOR
SYARAT LANTIKAN:     
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan berikut:
a.   warganegara Malaysia
b.   berumur tidak kurang dari 18 tahun
c.   Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh  
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T1)
  1. Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.*(Gaji permulaan ialah pada Gred DS41 : P1T6) DAN
  2. kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

SYARAT TAMBAHAN:
Syarat-syarat tambahan yang wajib dipatuhi ialah:
a.   Memperolehi sekurang-kurangnya CGPA 3.0 atau kelas kedua atas dan kelayakan lain yang setaraf dengannya
 b. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Inggeris di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

2.         PENSYARAH              

SYARAT LANTIKAN:

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS45
  1. Ijazah Sarjana/*Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh 
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          *(Gaji permulaan ialah pada Gred DS45 : P1T4); DAN
  1. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS51
  1. (i)       Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya
(Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
(ii)       Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh              
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN
(iii)       Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian
Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang
diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
b.    (i)        mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istiwewa mutunya ; dan
             (ii)       mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang
berkenaan.                       

     
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred DS53 (Profesor Madya)
  •                         Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred DS53 : P1T1); ATAU
  •  Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN 
  •   Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan 
  • Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang sangat istiwewa mutunya mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan.
               
Kelayakan Untuk Lantikan Ke Gred Khas C (Profesor)
  •        Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi  pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya ATAU
  •        Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-  institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya DAN 
  •        Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran  Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan DAN 
  •        Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya dan mempunyai pengalaman  berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan



No comments:

Post a Comment