RINGKASAN PERKHIDMATAN PEGAWAI ATM
(Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)
2.1 PEGAWAI TAULIAH JANGKA PENDEK
Perkhidmatan - Ditauliahkan selama 10 tahun dan dibenarkan menyambung perkhidmatan selama 3 tahun. Permohonan menyambung perkhidmatan selepas 13 tahun boleh dimajukan ke pihak atasan untuk pertimbangan dan kelulusan boleh memohon sebagai Pegawai Tauliah Tetap selepas berkhidmat selama 5 tahun dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Pegawai Kadet - Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda atau setaraf.
Pegawai Graduan- Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Pegawai Graduan- Akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pegawai Tugas Ikhtisas - Akan ditauliahkan dengan pangkat Kapten atau setaraf.
Kenaikan Pangkat - Setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.
Senarai Tugas - Pegawai-pegawai terbahagi kepada kategori senarai seperti berikut:
- Senarai Tugas Am Pegawai-pegawai yang ditauliahkan daripada Pegawai Kadet dan Pegawai Graduan yang ditauliahkan secara terus.
- Senarai Tugas Ikhtisas Pegawai-pegawai yang mempunyai kelulusan profesional di dalam bidang-bidang tertentu dan ditauliahkan secara terus.
- Senarai Tugas Khas Pegawai-pegawai yang ditauliahkan secara terus daripada askar laskar (anggota biasa) kepada pegawai.
PEGAWAI TAULIAH TETAP Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan adalah tetap sehingga umur persaraan (mengikut pangkat) dan berpencen. Pegawai-pegawai lulusan ATMA akan ditauliahkan sebagai Pegawai Tauliah Tetap dengan pangkat Leftenan atau setaraf.
Pangkat (Setaraf)
|
Umur
|
Senarai Tugas Am / Khas
|
Lelaki
|
Perempuan
|
Kolonel dan keatas
|
55
|
55
|
Leftenan Kolonel
|
52
|
52
|
Mejar
|
50
|
50
|
Kapten dan ke bawah
|
45
|
45
|
Semua Peringkat
|
55
|
55
|
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN AM
Warganegara Malaysia
Umur
- Pegawai Kadet - 18 ke 25 tahun
- Pegawai Kadet ATMA - 17 1/2 ke 20 tahun
- Pegawai Graduan - tidak melebihi 27 tahun
- Pegawai Tugas Ikhtisas - tidak melebihi 30 tahun
- Askar Laskar - 18 ke 23 tahun
Kesihatan
- Sihat keseluruhan, baik penglihatan dan tidak rabun warna
- Ketinggian minimum bagi lelaki ialah 162 sm dan wanita 157 sm
- Berat badan minimum bagi lelaki ialah 50 kg dan wanita 45 kg
Ukuran dada (lelaki sahaja)
- Biasa - 76.2 sm
- Tarik 81.2 sm. 81.2 sm.
RINGKASAN PERKHIDMATAN ASKAR LASKAR (ANGGOTA BIASA) ATM
(Kategori perkhidmatan pegawai-pegawai ATM ialah
: Pegawai Tauliah Jangka Pendek dan Pegawai Tauliah Tetap)
Tentera Darat Malaysia
Ø Perkhidmatan - Jangkamasa perkhidmatan askar laskar adalah seperti berikut:
- Pendaftaran 12 tahun.
- Perlanjutan perkhidmatan kepada 15 tahun.
- Pertugasan semula kepada 21 tahun.
Ø Kenaikan Pangkat -
Setelah menghadiri kursus-kursus kerjaya, bergantung kepada kekosongan dan disokong oleh pegawai atasan. Askar laskar juga boleh memohon menjadi pegawai bertauliah apabila telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Casinos Near I-95 in Chester, PA - Mapyro
ReplyDeleteCasinos Near 용인 출장마사지 I-95. Casinos Near I-95 계룡 출장마사지 in Chester, PA 제주 출장샵 - Find Casinos Near I-95 보령 출장마사지 Near I-95 Mapyro. Find and compare 구리 출장샵 land-based casinos,